Julia Gillard kekal Perdana Menteri Australia

Astro Awani
Mac 21, 2013 20:41 MYT
Julia Gillard kekal sebagai Perdana Menteri Australia apabila tiada pemimpin di dalam Parti Buruh yang mencabar beliau selepas Gillard meminta undian dibuat bagi menentukan kepimpinan baru parti itu.
Kevid Rudd yang dilaporkan menjadi pencabar utama Gillard membuat keputusan menarik diri pada saat akhir.
Tekanan terhadap Gillard itu dicetuskan menteri kanan kabinet, Simon Crean yang secara terbuka meminta pengundian dibuat susulan populariti Perdana Menteri tersebut semakin merosot.
Keadaan itu dibimbangi bakal memberi kesan kepada persiapan parti buruh menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).
Crean mendesak menteri daripada parti buruh menandatangani petisyen mengadakan pengundian jika Gillard enggan mengadakannya.
Gillard yang tunduk kepada tekanan diberikan itu bertindak mengumumkan pengundian kepimpinan parti dibuat.
Timbalannya, Wayne Swan juga berjaya mengekalkan jawatannya setelah tiada pencabar.
#Julia Gillard #pilihan raya umum #Simon Crean #Wayne Swan
;