Jualan EV di China perlahan pada Januari-Februari 2024

Agensi
Mac 8, 2024 22:37 MYT
Kelemahan dalam pengecasan semula EV dan jarak pemanduan akibat hujan dan salji mengganggu keyakinan pembelian pengguna buat sementara waktu. - Gambar fail/Unsplash
Jualan kenderaan elektrik (EV) buatan China dilaporkan perlahan pada Januari-Februari 2024 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Memetik laporan Reuters pada Jumaat, ia selepas persaingan industri EV semakin sengit dengan peneraju pasaran tersebut BYD sedang menuju ke arah pusingan pemotongan harga yang lebih serius.
Pada masa sama, jualan EV menurun kepada 18.2 peratus berbanding 20.8 peratus untuk keseluruhan tahun 2023.
Itu sebahagiannya disebabkan minat pengguna terhadap kenderaan tersebut yang semakin berkurangan apabila cuaca sejuk melampau mengganggu prestasi bateri EV.
Manakala, jualan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang termasuk kenderaan yang dikuasakan oleh teknologi lain seperti hibrid petrol-elektrik plug-in, melonjak 37.5 peratus dalam dua bulan pertama, daripada 36.2 peratus pada 2023.
Angka itu berbanding pertumbuhan keseluruhan pasaran kereta penumpang sebanyak 16.3 peratus pada Januari-Februari dan mencerminkan kadar penembusan NEV 33.5 peratus berbanding 28.3 peratus pada tempoh yang sama 2023.
Kelemahan dalam pengecasan semula EV dan jarak pemanduan akibat hujan dan salji mengganggu keyakinan pembelian pengguna buat sementara waktu.
Peralihan masa cuti Tahun Baharu Cina pada Februari lepas juga menjadi faktor penyumbang kepada perubahan dalam data bulanan sepanjang dua bulan pertama tahun itu.
#EV #China #BYD #faktor penyumbang
;