Jualan durian meningkat dalam Shopee Live di Singapura

Bernama
Jun 30, 2023 05:40 MYT
Menerusi Shopee Live, penjual durian kini boleh memanfaatkan pangkalan pengguna Shopee yang luas untuk mendekati penggemar durian di luar batasan kedai fizikal mereka. - Foto Shopee
SINGAPURA: Penjual durian di Shopee mencatat jumlah tontonan dan pesanan harian yang tinggi di Shopee Live, yang menyumbang kepada lebih 50 peratus daripada keseluruhan jualan mereka musim ini, dengan ribuan penggemar durian menonton setiap siaran langsung antara 5 Jun dan 18 Jun 2023.
"Durian mendapat tempat istimewa dalam budaya makanan Singapura. Sejak awal Mei, Shopee mendapati kata kunci durian dan nama penjual durian terkemuka mula menjadi trend, dengan lebih 100 peratus pertumbuhan dalam volum carian minggu ke minggu," kata Ketua Pemasaran di Shopee, Winston Goh.
"Kami berbesar hati menyokong penjual durian di Singapura dan mengembangkan perniagaan mereka di Shopee Live. Shopee Live telah mengubah cara pembelian dan penjualan durian," kata Goh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Jumaat.
Berlangsung dari Jun hingga Ogos 2023, Tawaran Durian Harian di Shopee Live menampilkan penjual durian terkemuka seperti Durian Plantation, Huatyuann dan SLH Fresh Fruits, kata Shopee.
Pembeli boleh membeli durian pada harga diskaun dengan baucar boleh tindan eksklusif untuk Shopee Live, seperti diskaun 20 peratus baucar, dihadkan pada S$15, dan menerima ganjaran syiling, katanya.
Menerusi Shopee Live, penjual durian kini boleh memanfaatkan pangkalan pengguna Shopee yang luas untuk mendekati penggemar durian di luar batasan kedai fizikal mereka.
Platform penstriman langsung membolehkan penjual durian mempamerkan buah mereka dalam masa nyata dan meniru pengalaman penglibatan peribadi dengan pembeli secara maya, kata Shopee.
Ulasan masa nyata dan cadangan penjual juga membantu pembeli memahami urusan pembelian durian mereka, katanya.
Selain itu, Shopee berkata peminat durian yang menonton Shopee Live boleh menuntut Syiling Shopee dan insentif baucar apabila membuat pembelian durian.
Dilancarkan pada 2019 sebagai tindak balas kepada peningkatan selera untuk perdagangan sosial, Shopee Live telah merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian, membolehkan jenama dan penjual berhubung dengan pembeli secara maya dalam cara yang tulen dan menarik dalam masa nyata.
-- BERNAMA
#Singapura #durian #Shopee Live #dalam talian
;