Jualan atas talian sempena 11.11 catat keuntungan berganda

Hilmi Malik
November 11, 2019 23:42 MYT
Penjualan syarikat perniagaan gergasi atas talian China, ALIBABA dan JD.Com telah mencatatkan hasil jualan melebihi AS$55 bilion.
Penjualan syarikat perniagaan gergasi atas talian China, ALIBABA dan JD.Com telah mencatatkan hasil jualan melebihi AS$55 bilion menerusi festival jualan tahunan 11.11 atau 'Singles Day' yang ditawarkan di seluruh dunia.
Jualan tahunan itu juga secara tidak langsung menjadi platform bagi golongan peniaga e-dagang untuk meraih keuntungan berganda berbanding hasil jualan pada hari biasa terutamanya kesan daripada krisis perang dagang antara China dan Amerika Syarikat.
Pesta jualan 11.11 diadakan setiap tahun pada tarikh berkenaan sebagai bagi meraikan buat mereka di luar sana yang tidak mempunyai pasangan.
Pesta jualan atas talian itu juga menyaksikan saingan hebat iaitu JD.Com yang mencatat keuntungan sebanyak AS$25.6 bilion manakala ALIBABA meraih keuntungan sebanyak AS$29.4 bilion yang mendapat permintaan tinggi pada waktu puncak iaitu di awal pagi sehingga tengah hari.
Apa yang dinantikan para pembeli sudah semestinya tawaran harga menarik buat barangan yang mereka kehendaki terutamanya peralatan elektronik sehingga ada yang sanggup berjaga pada awal pagi bagi mendapatkan harga promosi tersebut.
Menarik pada tahun ini ALIBABA mengambil pendekatan menggunakan alternatif jualan secara langsung dan beberapa lagi kaedah menarik menerusi atas talian menggunakan platform masing-masing.
#Alibaba #China #E-dagang #JD Com #perniagaan atas talian
;