Jual anak sendiri untuk beli iPhone, lelaki dipenjara tiga tahun

Nizam Bakeri
Mac 11, 2016 08:13 MYT
Seorang lelaki yang menjual bayi perempuannya untuk membeli iPhone dan motosikal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun. -Foto AFP Relax
SEORANG lelaki yang menjual bayi perempuannya untuk membeli sebuah iPhone dan motosikal telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, Selasa lalu.
A Duan, bukan nama sebenar, dari wilayah Fujian bertemu dengan pembeli anaknya yang berusia 18 hari di laman media sosial yang menawarkan harga 23 ribu yuan (RM14,400) untuk bayinya.
Menurut The Huffington Post, lelaki tersebut banyak menghabiskan masa di kafe internet dan ibu kepada bayi tersebut mencari rezeki dengan beberapa pekerjaan sambilan.
Pasangan tersebut bertemu pada tahun 2013 namun gagal berkahwin kerana tidak mencapai umur yang dibenarkan.
Kelahiran bayi itu tidak dirancang dan Duan mengambil kesempatan untuk menjual anaknya demi keuntungan.
Media tempatan melaporkan pembeli berkenaan yang membeli bayi tersebut bagi pihak kakaknya telah menyerah diri kepada pihak polis.
#China #iPhone #jual bayi #pemerdagangan manusia
;