Jual anak di Darkweb, pasangan Jerman dihukum 12 tahun penjara
Agensi
Ogos 7, 2018 20:08 MYT
Ogos 7, 2018 20:08 MYT
Akibat merogol dan menjual anak lelakinya di laman web rahsia Darkweb, seorang wanita dan kekasihnya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun pada Selasa.
Wanita yang dikenal pasti sebagai Berrin T., 48 tahun, dan kekasihnya, Christian L., 39, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah negeri Freiburg di barat daya Jerman.
Pasangan tersebut juga diarah untuk membayar pampasan sebanyak 42,500 euro (RM200,660) kepada anak Berrin dan seorang lagi mangsa kanak-kanak perempuan.
Menurut fakta kes, penderaan seksual ke atas anak Berrin, yang kini berusia 10 tahun, turut difilemkan oleh pasangan itu.
Berrin dan Christian dikatakan telah menjual kanak-kanak tersebut kepada pedofil di Darknet.