Joseph Schooling disambut bagai wira dalam acara perarakan

Syafique Shuib
Ogos 18, 2016 18:55 MYT
Joseph Schooling (kiri) pulang ke Singapura pada Isnin dan acara perarakan diadakan pada Khamis. - Foto AFP
Kejayaan perenang Singapura yang juga pemenang pingat emas Olimpik pertama negara itu, Joseph Schooling, disambut dengan penuh meriah dalam satu acara perarakan yang diadakan pagi tadi.
Walaupun tiba di negara itu dari Rio de Janeiro pada Isnin, acara ‘homecoming’ berskala besar diadakan pada hari ini.
Memetik laporan The Straits Times, orang ramai mula membanjiri jalanraya utama seawal jam 8.30 pagi untuk berpeluang menemui dan melambai ke arah wira negara itu.
Perarakan bermula pada jam 9.50 pagi dan meliputi tiga kawasan utama iaitu Marine Terrace Market, Singtel Comcentre dan Raffles City Shopping Centre.
BACA: 7 fakta Joseph Schooling, 'ikan bilis Singapura' yang tewaskan Michael Phelps
Schooling menaiki bas dua tingkat tanpa bumbung sambil melambai kepada orang ramai dan mengucapkan “Terima kasih”.
Beliau juga berhenti di beberapa lokasi untuk sesi autograf.
Antara kata-kata semangat yang disampaikan Schooling adalah agar tidak mudah mengalah.
“Pasang cita-cita yang besar, jangan mudah mengalah dan teruskan perjuangan walau dalam apa jua keadaan,” katanya kepada orang ramai.

Huge turnout for #Schooling at Raffles City, now reliving historic #Olympics #gold moment https://t.co/dd93T7Zf2m pic.twitter.com/FeAx8ny3tD

— justin ong (@JustinOngCNA) August 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Inspiring many. Young and old. Thank you Joseph Schooling! @joschooling - JG pic.twitter.com/X0ITSi5TSU

— 987 (@987fm) August 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Looks like @joschooling finally got the chye tow kuay that he wanted! Great shot by Stomper Edros pic.twitter.com/67VkLltBL7

— Stomp Singapore (@stompsingapore) August 18, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Schooling telah mempamerkan aski memukau untuk memenangi pingat emas 100 meter kuak kupu-kupu pada minggu lepas.
Selain menewaskan perenang Amerika Syarikat Michael Phelps, kemenangan itu sekali gus mencatat rekod Olimpik dengan catatan masa 50.39 saat.
#joseph schooling #Michael Phelps #Olimpik Rio #perenang Singapura #Rio 2016
;