Jorge Bergoglio diumum Pope yang baru
Astro Awani
Mac 14, 2013 16:06 MYT
Mac 14, 2013 16:06 MYT
Akhirnya asap putih muncul di gereja Vatican menandakan pemilihan pope baru bagi memimpin dalam jangka masa satu abad.
Jorge Bergoglio dari Argentina dipilih sebagai Pope yang ke-266 sekaligus menjadi paderi pertama dari benua Amerika dan di luar Eropah.
Kelihatan terkejut dengan berita itu, Francis melambai ke arah puluhan ribu pengikutnya yang berkumpul di Dataran St Peter bagi mendengar pengumuman berkenaan.
Beliau memilih gelaran Francis sempena memperingati perjuangan seorang paderi dari Itali yang memiliki sikap merendah diri dan hidup dalam kemiskinan pada abad ke-13.
Dengan reputasinya yang cukup baik, Pope Francis-I dijangka akan membawa perubahan yang baik kepada gereja Vatican dan seluruh pengikut agama Katolik berkenaan.