Jordan tahan 11 suspek sekutu Al-Qaeda

Associated Press
Oktober 22, 2012 12:29 MYT
Pihak berkuasa jordan menahan sebelas suspek militan sekutu Al-Qaeda yang dipercayai merancang plot serangan bom di negara berkenaan.
Kumpulan tersebut juga dikaitkan dengan pengeboman tiga hotel di Amman tujuh tahun lalu yang telah meragut 60 nyawa.
Jurucakap kerajaan Jordan, Sameeh Maaytah memberitahu, kesemua suspek yang ditahan adalah warga tempatan.
“Saya beritahu sekali lagi, mereka memegang kewarganegaraan Jordan... mereka pergi ke Syria dan kembali melalui jalan Samr yang merentasi sempadan Syria-Jordan,” kata beliau.
Rancangan mereka bermula Jun lepas dengan mencari beberapa sasaran sesuai di seluruh Negara.
Malah kumpulan itu juga mula membawa masuk senjata berat dari Syria bagi melancarkan seranagan secara berperingkat.
Ia melibatkan serangan ke atas pusat membeli belah diikuti hotel dan akhir sekali serangan besar-besaran ke atas kepentingan barat.
Salah satu serangan dirancang melibatkan serangan roket ke atas kediaman diplomat amerika syarikat dan Britain.
Sameeh memberitahu, pakar letupan al-qaeda juga terlibat melatih kumpulan berkenaan membuat bom.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila tarikh sebenar mereka ditangkap.
#Al-Qaeda #Amman #attack #Jordan #serangan
;