Jordan dakwa berjaya gagalkan plot bekas putera mahkota gugat kerajaan

Astro Awani
April 4, 2021 06:16 MYT
Putera Hamzah didakwa mendapat sokongan pihak asing bagi tujuan itu. - Foto REUTERS
AMMAN: Pihak berkuasa Jordan mendakwa berjaya menggagalkan plot bekas Putera Mahkota untuk menggugat kestabilan kerajaan.
Putera Hamzah didakwa mendapat sokongan pihak asing bagi tujuan itu.
“Siasatan ini juga mendapati kaitan antara Bassem Awadallah (bekas menteri kabinet) dan elemen asing, yang didakwa pihak pembangkang, menggunakan komunikasi sedia ada bagi plot jahat, untuk menggugat kestabilan serta mencapai tujuan melemahkan Jordan.
“Ini susulan aktiviti Putera Mahkota Hamzah yang berkomunikasi dengan pihak asing dengan niat terlibat dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara,” kata Ayman Safadi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Jordan.
Sidang media ini bagaimanapun tidak menjawab persoalan utama mengenai apa yang boleh dijangka dalam politik Jordan selepas ini.
#Jordan #plot #Putera Mahkota #Putera Hamzah #Putera Mahkota Hamzah
;