Jordan batalkan sidang kemuncak bersama Biden, Sisi dan Abbas
Astro Awani
Oktober 18, 2023 08:00 MYT
Oktober 18, 2023 08:00 MYT
AMMAN: Jordan membatalkan sidang kemuncak empat negara di Amman pada Rabu yang diadakan untuk membincangankan kesan "berbahaya" perang di Gaza, kata Menteri Luar Ayman Safadi.
Sidang kemuncak berkenaan dijangka dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah al Sisi dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
Menurut Safadi berkata, pertemuan itu hanya akan diadakan apabila semua pihak setuju untuk menamatkan perang dan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk Palestin.
Amman turut mendakwa kempen ketenteraan Israel kini meletakkan rantau itu dalam risiko kancah konflik.
Sebelum sidang kemuncak dibatalkan, Biden dijangka berkunjung ke Israel sebelum ke Jordan.
Sidang ini awalnya dihoskan Raja Abdullah dengan agenda utama untuk mendesak bantuan kemanusiaan ke Gaza, bagi mengelak bencana kemanusiaan.
Raja Abdullah mengecam Israel susulan serangan ke atas Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza, yang mengorbankan 500 nyawa.
Monarki itu turut memberi amaran serangan balas Israel ke atas serangan Hamas 7 Oktober lalu sudah melampaui batas mempertahankan diri.