Jokowi siar sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia dengan penstriman video 360 darjah

Syafique Shuib
Ogos 17, 2016 23:27 MYT
Sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia disambut meriah di media sosial dengan penstriman video 360 darjah di akaun rasmi YouTube milik Jokowi. - Gambar fail
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Indonesia disambut meriah di media sosial dengan penstriman video 360 darjah di akaun rasmi YouTube milik Presiden Indonesia Joko Widodo, atau Jokowi.
Walaupun ia bertujuan untuk menarik perhatian netizen dengan acara gilang-gemilang ini, namun ia mengalami masalah teknikal 10 minit selepas siaran.
Walaupun siaran langsung di kaca televisyen diteruskan, video-video di YouTube tidak bergerak buat seketika.
Memetik laporan Mashable, pentriman yang dilakukan di kawasan istana Presiden pada awalnya mempunyai jumlah tontonan seramai 3,000 orang yang kemudian turun kepada 300 orang sahaja.
Penstriman berjaya diteruskan dalam resolusi yang lebih rendah.
Walaupun mempunyai masalah teknikal, video-video berkenaan berjaya catat antara 38,000 dan 85,000 setakat malam Rabu.
Sementara itu, Jokowi menggunakan Periscope untuk siarkan penstriman langsung ketika perkibaran bendera.
Ia berjaya mencatat hamper 25,000 views.

LIVE on #Periscope: Berkibarlah sang Saka Merah Putih #RI71 https://t.co/06hJSpXk6o

— Joko Widodo (@jokowi) August 17, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Hari Merdeka Indonesia #Joko Widodo #Kini Trending #penstriman video 360 darjah #Periscope