Jokowi pertimbang rombakan kabinet dengan parti baru

Agensi
Februari 11, 2016 11:47 MYT
Jokowi tidak menolak kemungkinan memasukkan anggota parti Golkar dalam barisan kabinet barunya. - Foto AP/Vincent Thian
Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk membolehkan beberapa anggota kabinet dilantik daripada parti-parti politik yang baru dalam satu rombakan yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Ianya kini dalam proses,” kata Joko Widodo atau Jokowi dalam satu wawancara khas di Istana Presiden seperti yang dilaporkan oleh Reuters.
Jokowi juga tidak menolak kemungkinan menyenaraikan anggota parti pembangkang daripada parti Golkar dalam barisan kabinet barunya nanti.
Golkar adalah parti politik kedua terbesar di Republik itu.
Kerajaan pimpinan Jokowi ketika ini dianggotai empat parti utama dimana kesemuanya mempunyai wakil dalam kabinet sedia ada.
Kali terakhir kabinet Jokowi dirombak adalah pada bulan Ogos tahun lalu dengan sasaran untuk meningkatkan sentimen pelaburan di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Rombakan itu dikatakan bebas daripada campur tangan parti-parti gabungan kerajaan.
#Golkar #Indonesia. rombakan #Joko Widodo #Jokowi #kabinet
;