Jokowi pertahan 'Omnibus Law', dakwa rakyat tidak dapat maklumat tepat

Agensi
Oktober 10, 2020 00:31 MYT
Protes ganas tercetus sebagai bantahan golongan pekerja terhadap undang-undang itu yang didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar. - Gambar AP
JAKARTA: Meskipun protes semakin mengganas, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mempertahankan undang-undang cipta lapangan kerja (Omnibus Law) yang diluluskan Parlimen Isnin lalu.
Jokowi sebaliknya mendakwa protes tercetus kerana rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat.
Tegas Jokowi, undang-undang berkenaan akan membantu mewujudkan pekerjaan buat golongan muda dan mereka yang menganggur kesan krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Beliau turut meminta golongan yang membantah supaya mencabar kelulusan undang-undang itu di mahkamah perlembagaan.
Protes ganas tercetus sebagai bantahan golongan pekerja terhadap undang-undang itu.
Ia didakwa tidak adil, menekan hak pekerja dan menjejaskan alam sekitar.
Ribuan sertai protes bantah Undang-undang Cipta Kerja Indonesia
Selain bantahan rakyat, beberapa pemimpin daerah turut mengeluarkan pandangan senada mendesak undang-undang berkenaan dihapuskan.
Hampir 13,000 polis dikerah di tengah Jakarta bagi mengekang protes.
#Joko Widodo #Jakarta #protes #demonstrasi #Omnibus Law #undang-undang baharu #Jokowi #bantahan golongan pekerja #mahkamah perlembagaan