Jokowi buat rombakan Kabinet untuk tingkatkan ekonomi

Agensi
Ogos 12, 2015 17:40 MYT
Pentadbiran Widodo (kiri) dilihat gagal mengotakan janji terutamanya untuk memulakan projek-projek infrastruktur utama yang dilihat sebagai penting untuk menarik pelaburan asing dan meningkatkan pertumbuhan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Kurang daripada tempoh setahun pentadbirannya, Presiden Indonesia Joko Widodo menggantikan menteri-menteri ekonomi utama dalam satu rombakan Kabinet selepas menghadapi kritikan kerana gagal untuk menaikkan ekonomi negara.
Bekas gabenor bank pusat, Darmin Nasution dinamakan sebagai Ketua Menteri Ekonomi manakala eksekutif ekuiti swasta terkemuka Thomas Lembong telah dilantik menjadi Menteri Perdagangan yang baharu.
Empat menteri lain, termasuk Menteri Keselamatan dan Menteri Hal Ehwal Maritim juga diganti.
Ketua Menteri, Luhut Panjaitan telah dilantik menyandang jawatan Menteri Keselamatan menggantikan Tedjo Edhy Purdijatno.
Menteri Dalam Negeri Maritim, Indroyono Soesilo telah digantikan oleh Rizal Ramli, manakala Menteri Perancangan Pembangunan Negara, Andrinof Chaniago digantikan oleh Sofyan Djalil yang bergerak dari jawatan Ketua Menteri Ekonomi.
Setiausaha Kabinet Andi Widjajanto digantikan oleh Pramono Anung.
Rombakan Kabinet itu telah diumumkan di istana presiden di Jakarta, di mana menteri-menteri baharu itu mengangkat sumpah hari ini.
Widodo yang juga popular dengan panggilan Jokowi dilantik sebagai Presiden pada Oktober lalu dan berikrar untuk meningkatkan pemegang ekonomi terbesar Asia Tenggara itu yang semakin perlahan dalam tahun-tahun kebelakangan ini kerana permintaan bagi komoditi utama eksport merosot.
Pertumbuhan terus jatuh sehingga 4.67 peratus dalam masa enam tahun pada suku kedua.
Kerajaan telah dikritik kerana satu siri dasar flip-flop dan kekurangan organisasi.
Pentadbiran beliau dilihat gagal mengotakan janji terutamanya untuk memulakan projek-projek infrastruktur utama yang dilihat sebagai penting untuk menarik pelaburan asing dan meningkatkan pertumbuhan.
Banyak kementerian menghadapi kritikan kerana hanya menghabiskan sebahagian kecil daripada belanjawan mereka.
#Joko Widodo #rombakan kabinet
;