Jokowi berbasikal buluh bersama PM Australia

Astro Awani
Jun 6, 2022 18:44 MYT
Albanese tiba di Jakarta pada Ahad untuk memulakan lawatan tiga hari ke Indonesia. - Gambar/ Twitter @jokowi
PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo dan Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese menunggang basikal buluh bersama ketika mengadakan perbincangan untuk mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan kerjasama antarabangsa.
"Di bawah cuaca Bogor yang redup, saya dan PM Anthony Albanese berbasikal dari Pejabat Presiden pada sebelah pagi ke Resto Raasaa di Taman Botani Bogor.
"Basikal yang kami gunakan ialah basikal buluh oleh Singgih S. Kartono dari Temanggung, Jawa Tengah, yang direka untuk digunakan di lebuh raya," kata Jokowi menerusi Twitter.
Albanese tiba di Jakarta pada Ahad untuk memulakan lawatan tiga hari ke Indonesia selepas menyatakan hasratnya untuk mengeratkan kerjasama antara kedua-dua negara.
Lawatan itu adalah lawatan dua hala pertamanya sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-31 Australia pada 23 Mei lalu.

Di bawah cuaca Bogor yang bersahabat, saya dan PM Anthony Albanese bersepeda pagi dari istana menuju Resto Raasaa di Kebun Raya Bogor. Sepeda yang kami gunakan ini sepeda bambu karya Singgih S. Kartono dari Temanggung, Jawa Tengah yang dirancang untuk digunakan di jalan raya. pic.twitter.com/JljSVe3TLW

— Joko Widodo (@jokowi) June 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Joko Widodo #Indonesia #Australia #Anthony Albanese
;