Joko Widodo angkat sumpah Presiden Indonesia

Agensi
Oktober 20, 2014 11:55 MYT
Bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo dilantik sebagai Presiden ketujuh Indonesia dalam satu majlis di Parlimen hari ini.
Bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden ketujuh Indonesia dalam satu majlis di Parlimen hari ini.
"Saya bersumpah dengan nama Allah untuk melaksanakan tugas selaku Presiden Republik Indonesia yang terbaik mengikut kemampuan saya dan dengan cara yang seadil mungkin," kata Widodo ketika membacakan sumpah.
Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, menjadi pemimpin pertama negara itu yang bukan daripada golongan elit politik atau ketenteraan.
Laporan lanjut menyusul
#angkat sumpah #Indonesia #Joko Widodo #presiden
;