John McCain bakal dikebumikan bersebelahan rakan baik

Astro Awani
Ogos 27, 2018 01:09 MYT
Seorang guru dari Amerika Syarikat, Derek Davis, meletakkan bendera AS dan bunga di batu peringatan McCain sebagai memperingati mendiang yang meninggal dunia pada Sabtu, di Hanoi, Vietnam, 26 Ogos, 2018. REUTERS
Senator Amerika Syarikat, John McCain yang meninggal dunia akibat kanser bakal dikebumikan bersebelahan rakan karibnya, mendiang Chuck Larson.
Larson merupakan rakan sejak dari bangku sekolah sehingga mereka menuntut bersama di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat.
Ini sesuatu yang mengejutkan kerana McCain tidak dikebumikan bersebelahan mendiang bapa dan datuknya.
Pada Sabtu, McCain meninggal dunia akibat kanser otak yang agresif.
Sebelum ini, mendiang dari Parti Republikan itu pernah bertanding dalam pilihan raya presiden 2008, namun kalah kepada bekas Presiden Barack Obama.
#Amerika Syarikat #Barack Obama #Chuck Larson #John McCain #kanser #kebumi #meninggal dunia