John Kerry patah kaki kemalangan basikal di Perancis

AFP
Mei 31, 2015 13:08 MYT
Setiausaha Amerika Syarikat, John Kerry, dimasukkan ke hospital selepas suatu kemalangan semasa berbasikal merentasi sempadan di Perancis, kata Jabatan Negara itu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan semasa berbasikal merentasi sempadan di Perancis, kata Jabatan Negara itu.
Menurut satu kenyataan, beliau telah diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Universiti Geneva di mana beliau kini sedang diperiksa ekoran kemalangan di Scionzier berhampiran Chamonix di pergunungan Perancis.
Kenyataan itu turut berkata, Kerry, 71, berkemungkinan besar patah kaki akibat kemalangan yang berlaku pada pukul 9:40am (0740 GMT) itu.
Kenyataan itu berkata paramedik dan doktor berada di tempat kejadian bersama rombongan Kerry dan beliau kini stabil.
Ketika laporan ini ditulis, Kerry dilapor telahpun diterbangkan ke Amerika syarikat untuk rawatan lanjut.
Kerry mengadakan perbincangan pada Sabtu di Geneva dengan rakan sejawatan dari Iran, Mohammad Javad Zarif dalam usaha mencapai kesepakatan nuklear menjelang tarikh akhir 30 Jun.
Rundingan itu tidak berterusan ke hari kedua seperti yang dirancang selepas Tehran menolak permintaan utama Barat untuk pemeriksaan tapak.
#John Kerry #kemalangan #patah kaki #Perancis