John Goodenough, pemenang Hadiah Nobel tertua meninggal dunia

Astro Awani
Jun 26, 2023 06:15 MYT
Goodenough dianugerahkan Hadiah Nobel untuk hasil kerjanya dalam penghasilan bateri lithium-ion pada tahun 2019 pada usia 97 tahun. - Foto REUTERS
JOHN Goodenough, pemenang Hadiah Nobel tertua dunia dan individu yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bateri lithium-ion, meninggal dunia pada usia 100 tahun.
Menurut Universiti Texas, di mana beliau bekerja sebagai profesor kejuruteraan, mendiang meninggal dunia pada Ahad.
Universiti Texas menyifatkan mendiang sebagai "pekerja yang berdedikasi dan seorang pencipta yang cemerlang".
Goodenough dianugerahkan Hadiah Nobel untuk hasil kerjanya dalam penghasilan bateri lithium-ion pada tahun 2019 ketika berusia 97 tahun.
Bateri yang ringan dan berkuasa tinggi itu mencetuskan revolusi dalam teknologi dan membolehkan produk elektronik moden menjadi lebih ringan seperti komputer riba dan telefon pintar.
Bateri lithium-ion menjana berjuta kereta elektrik di seluruh dunia dan juga terdapat dalam panel solar.
Goodenough dilahrikan pada tahun 1922 di Jerman dan bekerja sebagai ahli meterologi untuk tentera Amerika Syarikat (AS) ketika Perang Dunia Kedua.
Mendiang mendapat ijazah dalam bidang matematik di Universiti Yale dan kemudian doktor falsasah dalam fizik di Universiti Chicago.
Isterinya Irene Wiseman meninggal dunia pada tahun 2016.
Goodenough memulakan kariernya di Institut Teknologi Massachusetts dan bekerja di situ selama 24 tahun sebelum berpindah ke Universiti Texas.
Baru-baru ini Goodenough bersama pasukannya sedang menyelidik cara baharu menyimpan tenaga, termasuk bateri yang diperbuat daripada kaca.
#John Goodenough #Hadiah Nobel #meninggal dunia #bateri lithium-ion
;