Joe Biden sah pertahan jawatan Presiden AS
Astro Awani
April 11, 2023 09:00 MYT
April 11, 2023 09:00 MYT
WASHINGTON: Presiden Joe Biden sahkan akan mempertahankan jawatannya pada 2024.
Namun memaklumkan belum sedia untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya.
Perkara itu disahkan Biden dalam satu temuramah dengan stesen televisyen tempatan.
Biden akui mahu menjadi calon Parti Demokratik pada 2024.
Beliau akan bertanding bersama Naib Presiden Kamala Harris.
Penasihat White House dijangka akan membuat pengumuman mengenai kempen pemilihan semula Biden.
Biden, yang akan berusia 80 tahun November depan, merupakan presiden paling tua berkhidmat di White House.
Tinjauan pendapat terbaharu sebelum ini mendedahkan faktor umur menjadi kebimbangan pengundi.
Setakat ini, belum ada calon umum menyaingi Biden dalam Parti Demokratik.
Sementara bagi Parti Republikan, bekas Presiden Donald Trump sudah menyatakan hasrat untuk bertanding semula.