Joe Biden mahu teroka kerjasama dengan Rusia
Astro Awani
Jun 14, 2021 06:23 MYT
Jun 14, 2021 06:23 MYT
BRUSSELS: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berharap dapat meneroka kerjasama yang ada kepentingan sama dengan Rusia.
Harapan ini disuarakan menjelang pertemuannya dengan Presiden Vladimir Putin di Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Saya akan jelaskan bidang kerjasama yang boleh diteroka sekiranya beliau bersetuju.
"Jika beliau enggan bekerjasama, dan sebagai contoh dalam isu keselamatan siber, kita akan bersetuju dengan cara yang baik.
"Kita menentukan apa kepentingan bersama dan kepentingan dunia untuk kerjasama, dan teliti apakah ini boleh dilakukan.
"Bagi bidang yang tidak dipersetujui, kita perlu menyatakan dengan jelas hadnya," kata Biden.
Pertemuan dengan Putin di Geneva ini adalah yang pertama sejak Biden menjadi presiden.
Hubungan membabitkan China dan Rusia dijangka antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam sidang kali ini.
Biden juga dilapor akan menekankan usaha memperbaharui hubungan Trans-Atlantik.
#Vladimir Putin
#China
#Rusia
#Amerika Syarikat
#Joe Biden
#NATO
#Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
#sidang kemuncak
#keselamatan siber