Joe Biden kecewa Xi Jinping tidak akan hadir sidang G20 di India
Agensi
September 4, 2023 08:30 MYT
September 4, 2023 08:30 MYT
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden meluahkan kekecewaan beliau berikutan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping tidak akan menghadiri pertemuan pada Sidang Kemuncak G20 di India, namun, memakumkan, beliau akan ‘bertemu dengannya.’
"Saya kecewa ... tetapi saya akan bertemu dengannya (Jinping)," kata Biden kepada wartawan di Rehoboth Beach, Delaware, tanpa memberikan penjelasan lebih lanjut.
Biden akan mengunjungi India bermula 7 hingga 10 September ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20, diikuti kunjungan ke Vietnam ketika pemerintahannya berusaha memperkuatkan hubungan AS di Asia.
Presiden Jinping pula tidak menyertai sidang berkenaan dan dijangkakan Perdana Menteri China, Li Qiang akan mewakili Beijing dalam pertemuan di New Delhi itu, kata sumber kepada Reuters.
Ditanya apakah beliau menantikan kunjungan ke India, Biden berkata: "Ya, saya menantikannya."
"Saya perlukan lebih lagi ... koordinasi. Saya fikir kedua-dua negara (India dan Vietnam) ingin hubungan yang jauh lebih erat dengan Amerika Syarikat dan itu sangat-sangat membantu," kata Biden. - Agensi