Joe Biden dijangka keluar perintah eksekutif terhadap keganasan tentera Israel
Agensi
Februari 1, 2024 23:54 MYT
Februari 1, 2024 23:54 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dijangka mengeluarkan perintah eksekutif yang menyasarkan keganasan tentera Israel di Tebing Barat, yang telah menjejaskan kestabilan di kawasan tersebut.
Memetik laporan CNN, perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai dan sumber AS.
Arahan baharu berkenaan, pertama kali dilaporkan oleh portal berita Politico dan dijangka diumumkan pada Khamis waktu tempatan.
CNN menambah arahan tersebut akan melibatkan sekatan ke atas beberapa individu yang dituduh terlibat dalam tindakan keganasan.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan Biden semakin hilang sabar dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung konflik di Gaza.
Memetik pegawai AS, laman web berita Axios melaporkan Biden dan pegawai kanan AS semakin kecewa dengan Netanyahu dan keengganannya untuk mematuhi permintaan pentadbiran berhubung konflik di Gaza.
Sementara Disember lalu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan dasar baharu untuk menghalang Israel yang bertanggungjawab ke atas keganasan di Tebing Barat daripada datang ke negara itu.