Jika pelantar minyak Arab Saudi diserang lagi, Amerika sudah 'bersedia' - Trump

Agensi
September 16, 2019 14:49 MYT
Trump juga telah meluluskan penggunaan minyak simpanan untuk memastikan pasaran minyak stabil selepas serangan yang mengakibat gangguan kepada hampir lima peratus bekalan minyak dunia. - Foto fail/REUTERS
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata negara itu kini dalam keadaan ‘bersiap-siaga’ kepada sebarang potensi kemungkinan serangan susulan keatas kemudahan minyak Arab Saudi dimana negara itu menuduh Iran sebagai pihak bertanggungjawab.
Trump juga telah meluluskan penggunaan minyak simpanan untuk memastikan pasaran minyak dunia stabil selepas serangan Sabtu lalu yang mengakibatkan gangguan kepada hampir lima peratus bekalan minyak dunia.
Tindakan yang kemudiannya menyaksikan lonjakan 19 peratus harga minyak pada dagangan awal pagi Isnin, sebelum stabil pada kadar peningkatan 10 peratus.
“Ada sebab untuk kami percaya yang kami kenal siapa dalang serangan. AS kini dalam keadaan bersiap sedia. Kami menunggu laporan dari Arab Saudi dan akan bertindak jika perlu,” tulis Trump di laman Twitter beliau.

Saudi Arabia oil supply was attacked. There is reason to believe that we know the culprit, are locked and loaded depending on verification, but are waiting to hear from the Kingdom as to who they believe was the cause of this attack, and under what terms we would proceed!

— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) September 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Imej satelit dikeluarkan pada Ahad mendedahkan kerosakan teruk pada kilang pemprosesan minyak Saudi Aramco setelah diserang oleh dron pada Sabtu lalu.
Imej dirakam satelit Sentinel 2 Suruhanjaya Eropah itu menunjukkan asap tebal di tengah kilang pemprosesan minyak terbesar dunia itu.
Pemberontak Houthi Yaman mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Namun pegawai kanan Amerika Syarikat mendakwa Iran adalah dalang serangan.
#Amerika Syarikat #Arab Saudi #Aramco #Donald Trump #harga minyak
;