Jijik! Ustaz songsang cabul 65 murid

Agensi
Februari 24, 2018 13:06 MYT
Suspek menyalahgunakan kedudukan dengan mencabul 65 murid lelaki di sekolahnya yang rata-rata baru berusia di antara lapan dan 11 tahun. -Foto RMOL Sumsel
Akibat didorong hawa nafsu tidak terkawal, seorang guru sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak didiknya.
M Saebatul Hamdi merupakan seorang pendidik bergelar ustaz di sebuah sekolah swasta di Surabaya Utara.
Namun tidak disangka masyarakat di sana, dia menyalahgunakan kedudukan dengan mencabul 65 murid lelaki di sekolahnya yang rata-rata baru berusia di antara lapan dan 11 tahun.
Perbuatan jijiknya itu berjaya dikesan setelah pihak berkuasa menerima laporan daripada ibu bapa salah seorang mangsa.
BACA: Guru agama rogol murid bawah umur 20 kali dalam madrasah
Hamdi dilapor mula bertindak berani sekitar 2013 apabila dia mula meraba dan menggosok kemaluan pelajarnya.
Lebih parah lagi apabila Hamdi dilaporkan melakukan aksi terkutuk ini secara terang-terangan ketika mengajar di dalam kelas.
Layak digelar sebagai pedofil, Hamdi ketika membuat pengakuan mengatakan nafsunya menjadi di luar kawalan apabila melihat anak-anak murid yang memiliki bentuk wajah yang menarik.
Setiap hari pasti ada sahaja sasarannya dan modus operandinya ialah meramas kemaluan dan meraba punggung pelajar pilihannya.
Dia kemudiannya akan meminta pelajar ‘terpilih’ untuk melakukan aksi sama kepadanya dan anak-anak ini diminta untuk tidak melaporkan perlakuan tersebut kepada ibu dan bapa mereka.
Tidak hanya di dalam kelas, malah perbuatan mencabul ini juga dilakukan di kolam renang, bilik mandi dan ketika berada dalam bas sewaktu rombongan yang dianjur oleh pihak sekolah.
Selain itu, waktu tidur yang disediakan pihak sekolah khusus untuk para pelajar berehat dimanfaatkan sepenuhnya oleh Hamdi mencari mangsa baharu.
Graduan bahasa Arab dari sebuah sekolah tinggi di Mampir itu bakal berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Namun jumlah hukumannya mungkin ditambah memandamngkan Hamdi ialah seorang pendidik yang seharusnya menjadi teladan kepada pelajarnya.
#cabul #cabul murid #guru #pedofil #Surabaya #ustaz songsang
;