Jet pejuang Vietnam terhempas, dua terbunuh
Agensi
Julai 26, 2018 16:48 MYT
Julai 26, 2018 16:48 MYT
Satu pesawat tentera pejuang terhempas di utara Vietnam pada Khamis, mengorbankan dua anggota tentera, menurut pihak berkuasa pegawai tempatan.
"Ia terhempas di kawasan berbukit di daerah Nghia Dan sekitar waktu makan tengah hari," seorang pegawai di daerah itu dipetik berkata.
Daerah Nghia Dan terletak di wilayah Nghe An, sekitar 300km selatan Hanoi.
Pegawai itu, yang tidak mahu dinamakan, berkata selain anggota tentera tersebut, tiada orang lain yang cedera dalam kejadian itu.
Menurut laporan media tempatan, pesawat Su-22 buatan Rusia itu sedang menjalani misi latihan.
Kemalangan itu berlaku sejurus selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sao Vang di wilayah Thanh Hoa, lapor portal berita VietnamNet.
"Tidak dapat dipastikan punca ia terhempas," kata pegawai itu.