Jet pejuang terhempas akibat terlanggar burung

Astro Awani
Ogos 21, 2018 22:14 MYT
Juruterbang dilaporkan sempat melentingkan diri dari pesawat JAS 39 Gripen itu sejurus kejadian. -Foto Wikipedia
Sebuah jet pejuang dilaporkan terhempas di selatan Sweden pada Selasa.
Menurut kenyataan Tentera Udara Sweden pada Selasa, nahas berlaku apabila jet pejuang itu dipercayai terlanggar seekor burung.
Pesawat malang itu terhempas di kawasan berdekatan Karlskrona, kira-kira 160 kilometer di timur Malmo.
Juruterbang dilaporkan sempat melentingkan diri dari pesawat JAS 39 Gripen itu sejurus kejadian.
Dia dibawa ke hospital untuk rawatan, tambah kenyataan itu.
#JAS 39 Gripen #Nahas #pesawat #Sweden #tentera #Tentera Udara Sweden #terhempas
;