Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom, 7 orang awam cedera

Bernama
Mac 6, 2025 14:10 MYT
Anggota polis berdiri di lokasi jatuhan bom Mk82 dari jet KF-16 Tentera Udara Korea Selatan semasa latihan tembak langsung berhampiran zon demiliterisasi (DMZ). -Reuters
SEOUL: Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan pada Khamis secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di luar kawasan latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pegawai.

Ringkasan AI
  • Sebuah jet pejuang KF-16 milik Tentera Udara Korea Selatan secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon, mengakibatkan tujuh orang awam cedera.
  • Insiden berlaku pada 10.04 pagi waktu tempatan semasa latihan tembakan langsung.
  • Tentera Udara Korea Selatan sedang menjalankan siasatan dan memohon maaf atas kerosakan serta kecederaan yang dialami mangsa.

Jet pejuang KF-16 yang terlibat dalam latihan tembakan langsung secara "tidak sengaja" menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon pada 10.04 pagi waktu tempatan.
Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu dan memohon maaf atas kerosakan serta kecederaan yang dialami mangsa.
-- BERNAMA
#jet pejuang KF-16 #Tentera Udara Korea Selatan #luar kawasan latihan #latihan tembakan langsung
;