Jet pejuang SU-34 Rusia terhempas di Ossetia Utara

Bernama
Jun 11, 2024 17:44 MYT
Pesawat itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni dan seorang anak kapal disahkan terbunuh. - Gambar hiasan
MOSCOW: Sebuah jet pejuang SU-34 milik Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di Ossetia Utara pada Selasa selepas mengalami masalah teknikal hingga mengorbankan seorang anak kapal, lapor Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.
"Sebuah pesawat SU-34 Tentera Aeroangkasa Rusia terhempas di kawasan pergunungan di Republik Ossetia Utara-Alania semasa menjalani latihan penerbangan.
"Pesawat itu terhempas di kawasan yang tidak berpenghuni, namun seorang anak kapal terbunuh," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
#jet pejuang #Rusia #terhempas #Ossetia Utara
;