Jet pejuang Angkatan Tentera AS terhempas, 2 maut
Astro Awani
Februari 22, 2021 11:16 MYT
Februari 22, 2021 11:16 MYT
DUA juruterbang maut selepas jet pejuang tentera terhempas berdekatan sebuah lapangan terbang di Alabama, kata Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, insiden itu berlaku pada Jumaat ketika satu misi latihan.
Pesawat berkenaan terhempas di kawasan berpokok berdekatan Lapangan Terbang Daerah Montgomery, menurut pengarah eksekutif lapangan terbang berkenaan, Marshall Taggart.
Tambahnya pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5 petang.
Pesawat T-38 itu ditugaskan kepada Pusat Latihan Penerbangan ke-14, yang berpangkalan di Pangkalan Tentera Udara Columbus, Mississippi, tambah kenyataan itu lagi.
Salah seorang mangsa dikenal pasti sebagai Scot Ames Jr, 24, dari Pekin, Indiana.
Ames merupakan jurulatih penerbangan dari Skuadron Latihan Penerbangan ke-50 di Pangkalan Tentera Udara Columbus.
Identiti seorang lagi mangsa belum lagi didedahkan namun dilaporkan dia merupakan seorang pelajar dari Angkatan Tentera Udara Jepun.
Punca kejadian masih dalam siasatan.