Jet China terbang agresif depan pesawat AS di Laut China Selatan

Bernama
Mei 31, 2023 20:20 MYT
Menurut markas itu, AS akan "terus terbang, belayar dan beroperasi - dengan selamat dan bertanggungjawab - di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkannya." - Gambar Reuters
WASHINGTON: Sebuah jet pejuang J-16 China melakukan "gerakan agresif yang tidak perlu" semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas, kata Markas Indo-Pasifik AS pada Selasa.
Insiden itu berlaku pada Jumaat, menurut Agensi Anadolu memetik kenyataan daripada markas berkenaan.
"Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat dan rutin di Laut China Selatan di ruang udara antarabangsa mengikut undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Menurut markas itu, AS akan "terus terbang, belayar dan beroperasi - dengan selamat dan bertanggungjawab - di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkannya."
"Pasukan Bersama Indo-Pasifik AS akan terus terbang di ruang udara antarabangsa dengan mengambil kira keselamatan semua kapal dan pesawat mengikut undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gerakan agresif #operasi selamat #undang-undang antarabangsa #jet pejuang
;