Jerman terus desak gencatan senjata sementara di Gaza

Astro Awani
Mac 18, 2024 00:45 MYT
Scholz dilihat bersama Netanyahu dalam sidang media bersama di Baitulmaqdis. - Foto AP
BAITULMAQDIS: Canselor Jerman Olaf Scholz menyeru sekali lagi gencatan senjata sementara di Gaza.
Beliau turut bercakap dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengenai keperluan untuk menyediakan bantuan kemanusiaan menyeluruh kepada penduduk di Gaza.
Scholz sebelum ini mempersoalkan "kos yang sangat tinggi" dalam perang Israel-Hamas.
Beliau juga menegaskan dunia tidak boleh hanya berdiam diri melihat rakyat Palestin menghadapi risiko kebuluran.
Bercakap selepas berbincang dengan Netanyahu di Baitulmaqdis, Scholz berkata, beliau telah berkongsi kebimbangannya tentang jumlah korban awam yang tinggi dan bantuan yang tidak mencukupi sampai ke Gaza.
Walaupun banyak negara telah menyatakan kebimbangan yang sama, amaran Jerman dilihat luar biasa kerana negara itu terus-menerus menekankan hak Israel untuk mempertahankan diri.
Lawatan Scholz pada Ahad ke Jordan dan Israel berlaku selepas Zionis meluluskan rancangan untuk menyerang bandar Rafah yang mana lebih separuh daripada 2.3 juta penduduknya berlindung selepas lima bulan perang.
#Olaf Scholz #Gaza #Israel #gencatan senjata