Jerman lancar aplikasi kesan kes baharu COVID-19

Astro Awani
Jun 16, 2020 07:16 MYT
Jerman melancarkan aplikasi Corona-Warn-App bagi mengesan jangkitan kluster baharu COVID-19 ketika negara itu melonggarkan sekatan. -AP
Jerman melancarkan aplikasi Corona-Warn-App bagi mengesan jangkitan kluster baharu COVID-19 ketika negara itu melonggarkan sekatan.
Beberapa pakar berpendapat pengesanan kes baharu dengan pantas mampu mengekang gelombang kedua virus berkenaan.
Isu keselamatan, khususnya dari aspek perkongsian maklumat data peribadi, menjadi kebimbangan penduduk di Berlin apabila sering dikaitkan dengan pencerobohan data peribadi.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan aplikasi itu dijamin selamat.
Pada awalnya, kerajaan Jerman mencadangkan penggunaan data lokasi termasuk maklumat koordinat GPS untuk aplikasinya, tetapi idea itu dibidas pakar privasi.
Pembangunan aplikasi tersebut membabitkan kira-kira 20 juta euro dengan kos operasi bulanan mencecah di antara 2.5 juta dan 3.5 juta euro (kira-kira RM12 dan RM17 juta).
Menurut data Johns Hopkins University, Jerman sudah mencatatkan hampir 190,000 kes COVID-19 dengan lebih 8,800 kes kematian.
#aplikasi #Corona-Warn-App #COVID-19 #gelombang kedua #Jerman #Johns Hopkins University #pengesanan kes baharu
;