Jerman buat persiapan hantar Patriot ke Turki
Astro Awani
Disember 18, 2012 07:23 MYT
Disember 18, 2012 07:23 MYT
Jerman membuat persiapan untuk menghantar peluru berpandu Patriot ke negara sekutu Nato Turki.
Ia dikatakan memasuki fasa akhir sebelum proses penghantaran bermula. Bertempat di pusat latihan Tentera Udara Warbelow, kerja-kerja berkenaan sedang giat dilakukan.
Persediaan mengikut piawaian ketat dibuat kerana Patriot tidak boleh dipindahkan melalui pengangkutan udara. Sebaliknya ia akan dilakukan melalui jalan laut.
Selain penempatan Patriot, Nato juga memutuskan untuk menghantar tenteranya bagi melindungi negara berkenaan dari kemelut dalaman Syria.
Mengikut perancangan kumpulan pertama tentera Jerman akan diterbangkan ke Turki pada pertengahan Januari.
Minggu lalu, Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar enam bateri Patriot bersama 400 tentera.
Turut sama mengikut jejak Pentagon, Belanda yang akan menghantar dua bateri bersama 360 anggota.