Jerman bimbang skandal penipuan daging

Astro Awani
Februari 16, 2013 08:54 MYT
Skandal penipuan daging yang terbongkar di beberapa negara Eropah, mengundang kesedaran pengguna berhubung isu keselamatan makanan.
Di Jerman, peruncit bertindak menghentikan penjualan produk berasaskan daging buat sementara waktu.
Tindakan itu dibuat selepas beberapa pasaraya besar mengesahkan penemuan daging kuda yang dilabel sebagai daging lembu, dalam produk makanan.
Biarpun penjualan produk berasaskan daging dihentikan, sebahagian besar pengguna masih ragu-ragu.
Dalam pada itu, Kementerian Perlindungan Pengguna Jerman memaklumkan produk yang terlibat dalam skandal itu diperoleh daripada pengedar Perancis.
Kementerian itu juga kini menjalankan siasatan berhubung pencabulan ke atas hak pengguna, dengan penipuan itu.
#daging kuda #eropah #Germany #Skandal daging
;