Jerman bantu melatih tentera Mali
Astro Awani
Februari 19, 2013 07:18 MYT
Februari 19, 2013 07:18 MYT
Jerman bersetuju menghantar 330 anggota tenteranya ke Mali dalam usaha membantu operasi memerangi pelampau.
Mereka berperanan melatih tentera tempatan serta mengukuhkan aspek logistik.
“Demi kebaikan warga Eropah, kami tidak mahu kawasan kejiranan kami digunakan sebagai markas pengganas,” kata menteri luar Jerman Guido Westerwelle.
180 daripada jumlah tentera Jerman itu akan bernaung sepenuhnya di bawah jawatankuasa kesatuan Eropah di Mali.
Sementara selebihnya terlibat dalam gerak kerja logistik tentera tempatan.