Jerman akan tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati lelaki dua kerakyatan
Bernama
Oktober 31, 2024 05:45 MYT
Oktober 31, 2024 05:45 MYT
BERLIN: Jerman akan menutup semua tiga konsulat Iran di negara ini sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang lelaki dua kerakyatan Jerman-Iran, Jamshid Sharmahd, kata Pejabat Luar Negara pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Langkah ini melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.
Seramai 32 kakitangan di konsulat terlibat akan kehilangan hak untuk tinggal di Jerman dan mesti meninggalkan negara ini, kecuali jika mereka mempunyai kewarganegaraan Jerman.
Pengumuman pelaksanaan hukuman mati terhadap Sharmahd dibuat oleh Tehran pada Isnin, mendorong Menteri Luar Annalena Baerbock memberi amaran tentang "akibat yang serius" serta memanggil duta Iran di Berlin.
-- BERNAMA