Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Bernama
Februari 23, 2025 17:15 MYT
Februari 23, 2025 17:15 MYT
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag. - Foto REUTERS/Liesa Johannssen
MOSCOW: Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Proses pengundian akan berlangsung dari 8 pagi hingga 6 petang waktu tempatan.
Sebanyak 29 parti bertanding, namun hanya parti yang memperoleh lebih daripada lima peratus undi layak mendapat kerusi di parlimen.
Tinjauan pendapat sejak beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan corak sokongan yang konsisten.
Kesatuan CDU/CSU yang dipimpin Friedrich Merz muncul menjadi pilihan utama dengan sekitar 30 peratus sokongan.
Di tempat kedua ialah parti sayap kanan Alternative for Germany (AfD) dengan kira-kira 20 peratus sokongan, manakala Parti Demokratik Sosial (SPD) yang diketuai Canselor Olaf Scholz berada di tempat ketiga dengan 14 hingga 17 peratus sokongan.
-- BERNAMA