Jerman: 3 maut, beberapa lagi cedera, kereta api tergelincir
Bernama
Jun 3, 2022 22:08 MYT
Jun 3, 2022 22:08 MYT
BERLIN: Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.
Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.
Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.
Punca kejadian masih disiasat.
-- BERNAMA