Jerebu: Singapura catat kualiti udara 'sangat tidak sihat'
Bernama
September 24, 2015 13:07 MYT
September 24, 2015 13:07 MYT
Kualiti udara di Singapura hari ini melepasi paras 'sangat tidak sihat' berikutan jerebu dari Sumatera, Indonesia, yang dibawa tiupan angin dari selatan dan barat daya.
Setakat 11 pagi ini, indeks standard pencemaran (PSI) 24 jam berada dalam lingkungan 168 hingga 211 dan PSI dalam tempoh tiga jam (8 hingga 11 pagi) adalah 244, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan Singapura.
Bacaan PSI 24 jam melepasi 100 menandakan kualiti udara tidak sihat manakala antara 201 dan 300 pula, sangat tidak sihat.