Jerebu: Jokowi buat lawatan mengejut ke lokasi pembakaran hutan

Agensi
September 7, 2015 16:36 MYT
Dalam lawatan mengejutnya ke lokasi kebakaran hutan di Sumatera Selatan, Jokowi memberitahu pihak berkuasa tidak akan bertoleransi dengan pihak yang melanggar undang-undang. - Foto sumber Twitter Jokowi
Presiden Indonesia Joko Widodo telah membuat lawatan mengejut ke Sumatera Selatan pada Ahad untuk melihat dengan lebih dekat kawasan kebakaran hutan yang telah mengakibatkan jerebu teruk hingga turut menjejaskan negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura sejak beberapa hari lalu.
Media tempatan melaporkan, kunjungannya ke Palembang itu diiringi ketua polis, pemimpin tertinggi tentera, ketua Agensi Pengurusan Bencana Nasional dan pegawai kanan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.
“Saya telah mengarahkan ketua polis untuk mengambil tindakan tegas tke atas syarikat yang tidak mengikut saluran undang-undang. Menteri Perhutanan juga akan menarik balik lesen jika mereka didapati bersalah.
“Jangan jadikan isu pembakaran ini semakin sulit untuk ditangani. Saya sudah nyatakan sebelum ini bahawa saya tidak lagi mahu bercakap tentang punca atau penyelesaian masalah ini. Semua pihak tahu apa yang perlu dibuat,” ujar beliau yang dikenali sebagai Jokowi.
Tinjauan mengejut ke Banyuasin, Sumatera Selatan pada Ahad itu turut dinyatakan dalam akaun Twitter rasmi Jokowi.

Pagi ini saya meninjau langsung penanganan kebakaran hutan di Banyuasin, Sumsel. Semua harus bergerak -Jkw

— Joko Widodo (@jokowi) September 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut berkata bahawa walaupun pembakaran hutan secara relatifnya berkurangan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, pihak berkuasa tidak seharusnya bertoleransi dengan pihak yang bersalah.

Walaupun luas hutan terbakar tahun ini sudah menurun, tidak ada toleransi bagi pembakar hutan -Jkw pic.twitter.com/xHVcrKeNtg

— Joko Widodo (@jokowi) September 6, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat masa ini, pasukan khas telah dikerah untuk menggunakan bom air dan menjalankan usaha pembenihan awan untuk memadamkan kebakaran.
Pada Sabtu, pihak berkuasa Indonesia memberi amaran bahawa jerebu mungkin lebih teruk memandangkan terdapat 600 titik panas dikenal pasti melalui imej satelit.
#jerebu #Joko Widodo #Jokowi #kebakaran hutan #Sumatera Selatan
;