Jerebu di Singapura semakin buruk

Bernama
September 10, 2015 17:52 MYT
Kota Singapura diselubungi jerebu pada Khamis, 10 September 2015. - Foto AFP/Roslan Rahman
Jerebu di Singapura mencapai paras tidak sihat pada Khamis, dengan bacaan indeks standard pencemaran (PSI) tiga jam ialah 137 pada 1 tengah hari, paras tertinggi pada tahun ini setakat ini, kata Agensi Alam Sekitar Kebangsaan.
Jerebu yang berlaku berpunca daripada asap dari Sumatera, Indonesia, yang ditiup ke republik ini oleh angin selatan barat daya.
PSI 24 jam ialah antara 101 dan 111. Bacaan PSI 24 jam melebihi 100 menunjukkan kualiti udara tidak sihat.
NEA berkata angin yang bertiup ketika ini diramal datang dari arah selatan atau barat daya dan mungkin terus menyebabkan keadaan berjerebu.
#jerebu #psi #Singapura
;