Jepun umum sekatan kemasukan 14 lagi negara
Agensi
April 27, 2020 00:42 MYT
April 27, 2020 00:42 MYT
Jepun mengumumkan sekatan ke atas 14 lagi negara susulan penularan COVID-19. Perdana Menteri, Abe Shinzo berkata, sekatan akan berkuat kuasa pada Rabu.
Antara negara berkenaan termasuk Rusia, Ukraine, Belarus, Arab Saudi, Qatar, Peru, Kuwait dan Oman.
Bagaimanapun, warganegara asing yang pernah berada di Rusia, Ukraine, Belarus, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman, Djibouti, Peru, Republik Dominika, Antigua dan Barbuda, Saint Christopher dan Nevis, atau Barbados dalam masa 14 hari sebelum tiba di Jepun tidak akan dibenarkan memasuki negara itu, lapor portal NHK.
Jepun sebelum ini menyekat kemasukan warga dari lebih 70 negara.
Pada 16 April lalu, Abe mengisytiharkan darurat seluruh negara dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Jepun mencatatkan lebih 13,300 kes positif COVID-19 dengan 364 kes kematian.