Jepun umum sekatan ke atas individu, syarikat berkaitan Hamas
Astro Awani
Oktober 31, 2023 10:55 MYT
Oktober 31, 2023 10:55 MYT
JEPUN mengenakan set sekatan baharu terhadap beberapa individu dan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pejuang Hamas yang berpangkalan di Gaza.
Perkara itu disahkan melalui kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Jepun di Tokyo, pada Selasa.
"Bentuk sekatan itu terdiri daripada membekukan aset individu dan syarikat yang membantu membiayai Hamas, dan ia selaras dengan sekatan baharu yang diumumkan kerajaan Amerika Syarikat awal bulan ini," katanya.
Ini merupakan set pertama sekatan Jepun dikenakan ke atas Hamas sejak konflik terbaru Palestin-Israel bermula 7 Okt lalu, menyaksikan lebih 1,400 terkorban.
Individu yang dikenakan sekatan termasuk operatif Hamas, Muhammad Ahmad 'Abd Al-Dayim Nasrallah dan Ayman Nofal, yang dimasukkan ke dalam senarai orang dan pertubuhan yang dianggap pengganas oleh Jepun.