TOKYO: Kerajaan Jepun pada Selasa memutuskan untuk meningkatkan jumlah bantuan yang diberikan kepada perikanan Jepun kepada 100.7 bilion yen (AS$686 juta) berikutan larangan import makanan laut oleh China susulan pelepasan air radioaktif terawat daripada loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima, lapor Sputnik.
Pada mulanya, kerajaan merancang untuk memperuntukkan 80 bilion sebelum permulaan pelepasan air.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mencadangkan tambahan 20 bilion yen sebagai bantuan selepas China mengenakan larangan import makanan laut pada akhir Ogos.
Bantuan bernilai 100 bilion yen itu diluluskan pada mesyuarat Kabinet pada Selasa.
Langkah-langkah bantuan oleh kerajaan termasuk pengembangan penggunaan dan pengeluaran, pencegahan kerosakan reputasi, pencarian pasaran eksport baharu, dan pembangunan industri pemprosesan ikan, antara lain.
Pada 24 Ogos, Jepun mula mengalirkan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik selepas mencairkannya dengan air laut.
Tokyo mendakwa telah membersihkan air daripada semua radionuklid kecuali tritium, yang masih dalam had yang boleh diterima.
Perbuatan itu mendapat tentangan kuat dari China dan negara lain di rantau ini.
Beijing menggelar air yang dilepaskan sebagai "tercemar" dan bertindak balas dengan menggantung import makanan laut dari Jepun.
Tokyo pula berikrar untuk menggunakan kaedah di bawah peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia untuk bertindak balas terhadap larangan itu.
--BERNAMA-SPUTNIK
Bernama
Tue Sep 05 2023
![Jepun tingkatkan bantuan perikanan tempatan kepada AS$700 juta susulan larangan import China Jepun tingkatkan bantuan perikanan tempatan kepada AS$700 juta susulan larangan import China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672129390_FumioKishida.jpg)
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mencadangkan tambahan 20 bilion yen sebagai bantuan selepas China mengenakan larangan import makanan laut pada akhir Ogos. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611312799_AdhamBaba.jpg)
Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun
Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik COVID-19.