Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengancam untuk membunuh dua tebusan warga Jepun dalam tempoh 72 jam jika tidak menerima wang tebusan berjumlah AS$200 juta. Ugutan tersebut disiarkan melalui sebuah rakaman video semalam.
Tokyo walau bagaimanapun, enggan tunduk kepada permintaan kumpulan pengganas tersebut.
Perdana Menteri Shinzo Abe, yang kini berada di Baitulmaqdis dalam lawatan rasmi ke Asia Barat, mendesak kumpulan militan itu segera membebaskan dua tebusan tersebut tanpa dicederakan.
Beliau ketika itu baru saja menghadiri mesyuarat dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas bagi menangani krisis tersebut.
IS sehingga kini sudah membunuh lima tebusan dari negara Barat sejak Ogos tahun lalu, namun ini merupakan kali pertama mereka mengancam nyawa tahanan Jepun.
Dalam video yang disiarkan dalam laman web militan tersebut, anggota kumpulan berpakaian hitam yang berdiri di antara tebusan Kenji Goto dan Haruna Yukawa, dilihat mengacukan pisau dan menghalakannya ke kamera.
Bercakap dalam bahasa Inggeris loghat Amerika Selatan, militan tersebut mengatakan bahawa wang tebusan yang diminta adalah untuk bantuan bukan ketenteraan yang dijanjikan Abe bagi menyokong negara-negara tang terjejas dengan kempen menentang IS.
Namun Shinzo Abe berkata Jepun tidak akan tunduk pada kehendak mereka dan akan meneruskan janji asalnya untuk membawa bantuan kemanusiaan ke rantau tersebut.
“Saya meminta agar tebusan tidak dicederakan dan segera dibebaskan. Komuniti antarabangsa tidak akan bergerak di bawah telunjuk pengganas dan perlu dipastikan kita dapat bekerjasama,” kata Abe dalam sidang emdia di Baitulmaqdis.
AFP
Wed Jan 21 2015
![Jepun tidak akan tunduk pada pengganas, kata Shinzo Abe Jepun tidak akan tunduk pada pengganas, kata Shinzo Abe](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51355804309_295x200.jpg)
Shinzo Abe berkata Jepun tidak akan tunduk pada kehendak mereka dan akan meneruskan janji asalnya untuk membawa bantuan ke rantau tersebut. - Gambar fail
![Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723722582_TBPaetongtarnShinaw.jpg)
Pheu Thai calonkan anak perempuan Thaksin sebagai calon PM
Paetongtarn yang berusia 37 tahun adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
![10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis 10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81711935010_TBagainstNetanyah.jpg)
10,000 bantah kerajaan Netanyahu di Baitulmaqdis
Demonstrasi pada Ahad menentang kerajaan Netanyahu dan menentang pengecualian kepada lelaki Yahudi ultra-ortodoks daripada perkhidmatan tentera.
![Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690690941_KingMohammedVI.jpg)
Raja Maghribi Mohammed VI arah bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan penghantaran bantuan makanan kemanusiaan untuk penduduk Palestin di Gaza dan Kota Suci Baitulmaqdis.
![Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684467129_Palestinians.jpg)
Perarakan bendera Israel di Baitulmaqdis cetus kemarahan Palestin
Perarakan Bendera oleh Israel di Baitulmaqdis pada Khamis mencetuskan kemarahan dan kecaman orang awam dan pegawai Palestin.
![Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660552629_TBISRAEL.jpg)
Bukan Islam diharamkan berkunjung ke Al-Aqsa hingga Ramadan berakhir
Israel mengharamkan pengunjung bukan Islam daripada mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis sehingga berakhirnya Ramadan.
![Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653242631_MasjidalAqsa.jpg)
Palestin, Israel setuju wujud mekanisme bendung keganasan menjelang Ramadan
Persetujuan dicapai dalam satu rundingan di Mesir yang dihadiri pegawai Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Jordan pada Ahad.
!['Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel 'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659938738_masjidalaqsa.jpg)
'Jangan ubah status quo Masjid al-Aqsa' - Hamas kepada Israel
Kenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua belah pihak semakin meningkat terutama ketika menjelang bulan Ramadan.
![Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678625209_HariAlQudsSedunia.jpg)
Hari Al-Quds Sedunia: Kesedaran, naratif perjuangan pembebasan Palestin perlu terus diperhebat - Adly Zahari
Jelas Adly, naratif perjuangan dan kesedaran masyarakat terhadap isu Palestin di negara ini amat penting.
![Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678166001_PalestineProtest.jpg)
Parlimen Israel lanjutkan undang-undang larang penyatuan semula keluarga Palestin
Lanjutan undang-undang itu diluluskan dengan 20 undi menyokong manakala sembilan membantah.
![Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672902213_BenGvir.jpg)
Indonesia kecam lawatan Menteri Israel ke Masjid Al-Aqsa
Kementerian Luar Indonesia mengecam pencerobohan menteri Israel ke kompleks Masjid Al-Aqsa baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan provokasi'.
![Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Liga Arab kecam kempen 'sistematik' Israel terhadap Baitulmaqdis
Liga Arab mengecam peningkatan kempen "sistematik" Israel di Baitulmaqdis dan serangan ke atas rakyat Palestin serta mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam dan Kristian