Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Astro Awani
Oktober 8, 2020 13:56 MYT
Oktober 8, 2020 13:56 MYT
TOKYO: Jepun bercadang melonggarkan sekatan pintu sempadan apabila menarik balik larangan perjalanan ke 12 negara termasuk Malaysia bermula bulan hadapan.
Lapor akhbar tempatan Yomiuri yang dipetik Reuters, antara 11 negara lain ialah China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Ia bagaimanapun menyarankan agar perjalanan rentas sempadan hanya dibuat atas tujuan penting.
Kerajaan Jepun sebelum ini melaksanakan sekatan perjalanan ke 159 negara serta wilayah di seluruh dunia.
#Jepun
#sekatan pintu sempadan
#larangan perjalanan
#kuarantin dua minggu
#12 negara
#Malaysia
#Korea Utara
#Singapura
#New Zealand
#Australia
#China
#COVID-19
#coronavirus