Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara

Amanz
Mac 20, 2024 12:30 MYT
Langkah pengenalan di Jepun itu akan memudahkan proses pembayaran, sekali gus tidak memerlukan pengguna melakukan tukaran mata wang sebelum bercuti atau ke negara Jepun. -Amanz
KERAJAAN Jepun telah mulakan perbincangan dengan negara-negara di Asia Tenggara untuk membolehkan penggunaan perkhidmatan pembayaran berasaskan kod QR.
Seperti ramai sedia maklum, perkhidmatan seumpamanya dikenali dengan nama DuitNow QR di Malaysia.
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekali gus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Dengan langkah pengenalan di Jepun juga, ia akan memudahkan proses pembayaran, dan tidak memerlukan pengguna melakukan tukaran mata wang sebelum bercuti atau ke negara Jepun.
Jepun menyatakan mereka akan membangunkan semula JPQR di bawah sistem baharu pada awal 2025 kelak dengan tujuan untuk memudahkan ia dihubungkan dengan penyedia perkhidmatan luar negara.
Mungkin kita akan melihat pelaksanaan bermula pada 2025 atau tidak lama selepas itu.
Sama-sama kita nantikannya. -Amanz
#kod QR #Jepun #Asia Tenggara #perkhidmatan pembayaran
;