Jepun pertimbang langkah baharu jika krisis Ukraine makin buruk
Bernama
Februari 23, 2022 18:22 MYT
Februari 23, 2022 18:22 MYT
TOKYO: Jepun akan mempertimbangkan langkah baharu untuk diterima pakai sekiranya keadaan di Ukraine kian meruncing, lapor Sputnik.
Perdana Menteri Fumio Kishida berkata demikian pada Rabu, mengulas pengiktirafan Rusia terhadap republik Donetsk dan Luhansk (DPR, LPR).
Terdahulu, Kishida mengumumkan satu set sekatan termasuk larangan pengeluaran visa dan pembekuan dana simpanan DPR dan LPR; larangan eksport-import dengan republik itu; penempatan dan operasi serta hutang kerajaan di Jepun.
"Keadaan (di Ukraine) masih sukar diramal keadaan mungkin berubah-ubah. Oleh itu, jika keadaannya bertambah buruk, bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa, bermula dengan negara-negara G7, kita perlu segera mempertimbangkan pengenalan langkah baharu," katanya.
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan DPR dan LPR daripada Ukraine dan akan memastikan keselamatan dua republik itu.
-- BERNAMA